PROJEK SAINS AWAL KANAK-KANAK 6 TAHUN (PROSES PENYEJATAN)
PENGENALAN Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke-21 murid. Ia merupakan pendekatan jangka masa panjang yang meraihkan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Bukan itu sahaja, pembelajaran berasaskan projek juga merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik dan terancang dalam jangka masa tertentu. ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan penyediaan satu laporan yang lengkap. Menurut Zarina (2002) berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat. Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah boleh dijalankan secara individu ataupun secara berkumpulan, mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti, menggunakan kaedah pengalaman "hands-on" dan berasaskan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman serta keboleh