PROJEK SAINS AWAL KANAK-KANAK 6 TAHUN (PROSES PENYEJATAN)

 

PENGENALAN
Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke-21 murid. Ia merupakan pendekatan jangka masa panjang yang meraihkan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Bukan itu sahaja, pembelajaran berasaskan projek juga merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik dan terancang dalam jangka masa tertentu. ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan penyediaan satu laporan yang lengkap. Menurut Zarina (2002) berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat.
Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah boleh dijalankan secara individu ataupun secara berkumpulan, mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti, menggunakan kaedah pengalaman "hands-on" dan berasaskan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman serta kebolehan murid. Berdasarkan kepada pembelajaran berasakan projek ini, membolehkan murid untuk lebih mengetahui kemampuan diri serta pengetahuan mereka terhadap sesebuah aktiviti. Dengan kaedah ini, dapat membantu murid untuk lebih bermaklumat dan meningkatkan pengetahuan mereka disamping melatih kemahiran mereka secara holistik.
Sains awal merujuk kepada pendidikan sains awal yang memfokuskan kepada perkembangan deria atau sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Proses Pendidikan sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak "hands-on" yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktof melalui interaks. ini kerana, kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bagi membina kefahaman saintifik.
Antara kemahiran proses sains awal yang dikenalpasti sesuai dengan perkembangan pada peringkat awal adalah kemahiran membuat pemerhatian, perbandingan, mengelaskan, mengukur, menggangar dan banyak lagi kemahiran yang terdapat dalam sains awal. Dalam aspek ini, pendidik memainkan peranan penting untuk membantu murid menguasai kemahiran saintifik. pendedahan murid terhadap konsep-konsep sains melalui persekitaran bagi membolehkan murid untuk meneroka alam sekeliling dan membuat ramalan melalui eksperimen ringkas.
Pada semester ini, kami telah membuat satu pengajaran menggunakan pendekatan berasaskan projek bersama-sama dengan kanak-kanak berumur 6 tahun. Pembelajaran berasaskan projek yang kami lakukan bersama dengan kanak-kanak ialah aktiviti proses penyejatan.

PROJEK PROSES PENYEJATAN
Projek yang akan kami lakukan adalah projek yang berkaitan dengan penyejatan. Penyejatan adalah proses perubahan cecair menjadi gas pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu. Kadar penyejatan bergantung kepada beberapa faktor persekitaran seperti kelembapan udara. Suhu sekeliling, luas permukaan dan pergerakan udara. Kami akan meletakkan beberapa bekas yang mempunyai kuantiti air yang sama pada tempat yang berbeza iaitu pada ruanh kelas, luar kelas, dapur dan tandas. Tempat-tempat yang kami pilih mempunyai suhu sekeliling yang berbeza. Jika suhu rendah, kadar penyejatan rendah dan begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, suhu luar bilik darjah adalah tinggi dan ianya menyebabkan kadar penyejatan juga turut sama tinggi, hal ini menyebabkan kuantiti air yang berada diluar bilik darjah lebih banyak berkurang.
Dengan melakukan aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari sains awal. Ianya kerana program pendidikan sains prasekolah seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. Selain itu, pengalaman sains juga seharusnya membina sikap dan minat mereka yang positif dalam diri mereka. Selain itu, projek yang kami telah lakukan ini bukan sahaja membantu dalam perkembangan sains awal kanak-kanak, tetapi ianya juga membantu dalam perkembangan kognitif mereka dalam berfikir dan meramal berdasarkan projek.

CARA PELAKSANAAN PROJEK PROSES PENYEJATAN
Berdasarkan kepada projek yang telah dipilih iaitu proses penyejatan, disini kami akan menerangkan langkah pelaksanaan yang boleh diikuti oleh murid. Namun haruslah diingatkan bahawa projek yang dijalankan haruslah dibawah kendali dan perhatian pendidik.

Gambar Rajah 1: Penyediaan bahan

Langkah pertama adalah penyediaan bahan yang digunakan untuk projek proses penyejatan. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah balang sebanyak 4 botol, pen penanda, kertas warna, gunting, pembaris, pencil dan double tape.
Seterusnya, langkah kedua kanak-kanak akan melabel semua balang menggunakan kertas warna yang telah disediakan. Dalam langkah ini, pendidik haruslah memberikan tumpuan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak diharuskan untuk mengunting kertas warna untuk dilekatkan pada balang yang akan digunakan.
Gambar Rajah 2: Mengisi air kedalam balang

Langkah ketiga ialah mengisi air kedalam balang sebanyak 1.0 liter untuk setiap balang yang telah disediakan. balang akan diisi dengan air secara bertahap iaitu sebanyak 200 ml bagi keempat-empat balang sehingga sampai isipadu 1.0 liter air. langkah ini sangat penting untuk memastikan hasil pada akhir projek serta memudahkan kanak-kanak untuk memerhatikan isipadu air.

Gambar Rajah 3: Meletakkan balang di bilik tidur

Gambar Rajah 4: Meletakkan balang di ruang tamu

Gambar Rajah 5: Meletakkan balang air di tandas

Gambar Rajah 6: Meletakkan balang di kaki lima

Langkah keempat pula, kanak-kanak akan meletakkan setiap balang ditempat yang telah dipilih iaitu kawasan luar rumah (kaki lima), ruang tamu, bilik dan tandas. Hal ini, bertujuan untuk melihat dan merekod perbezaan proses penyejatan di setiap ruang yang dipilih.

Gambar Rajah 7: Tanda isipadu air setelah seminggu di kaki lima

Gambar Rajah 8: Tanda isipadu air setelah seminggu di bilik tidur

Gambar Rajah 9: Tanda isipadu air setelah seminggu di ruang tamu

Gambar Rajah 10: Tanda isipadu air setelah seminggu di tandas

Langkah seterusnya pula, tunggu dan biarkan balang berisi air tersebut selama seminggu. selepas seminggu ambil balang dan tandakan jumlah isipadu air yang tinggal dengan menggunakan pen penanda. Setelah itu, letakkan semua balang air tersebut ditempatnya untuk memantau isipadu air sehingga minggu keempat. Seterusnya, kanak-kanak akan membuat penilaian dan pekerodan keatas aktiviti yang dijalankan.


KELEBIHAN PROJEK PROSES PENYEJATAN
Antara kebaikan projek yang kami lakukan ialah Belajar tentang proses penyejatan. Kanak-kanak dapat mengatahui proses penyejatan berlaku daripada cecair kepada gas. Cecair yang telah bertukar menjadi wap akan terbebas di udara. Contohnya, kita dapat lihat ketika menjemur kain. Kain basah yang dijemur di bawah sinaran matahari akan disejat sehingga kain menjadi kering.
Selain itu, melalui projek ini juga kanak-kanak kanak akan belajar untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti atau projek. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak suda mengetahui tentang proses penyejatan. Oleh itu, kanak-kanak boleh menyelesaikan sesuatu aktiviti tanpa arahan dan bimbingan. Contohnya menjemur kain. Menjemur kain di bawah terik cahaya matahari lebih cepat kering berbanding menjemur kain di dalam rumah.
Seterusnya ialah meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. Hal ini demikian kerana terdapat perubahan kuantiti air yang sangat ketara pada masa yg berbeza. Dengan rasa ingin tahu ini, kanak-kanak boleh merungkaikan persoalan mereka dengan membuat eksperimen yang diarahkan. Contohnya, kanak-kanak akan bertanya kepada guru dan membuat eksperimen tentang penyejatan air. Dengan cara ini, mereka akan mendapat melaksanakan aktiviti yang diarahkan.
Akhir sekali ialah dapat meningkatkan tahap pengetahuan pembelajaran sains awal. Kanak-kanak akan mengetahui bagaimana berlakunya proses penyejatan air sama ada cepat atau lambat mengikut tempat air tersebut diletakkan... Selain itu, perkembangan bahasa kanak-kanak juga meningkat melalui beberapa perkataan baharu. Contohnya kata dasar sejat. Perkataan dari sejat seperti disejat, penyejatan dan tersejat.

KELEMAHAN PROJEK PROSES PENYEJATAN
Antara kelemahan projek aktiviti penyenjatan ini proses ini mendapatkan hasilnya adalah sangat lama kemungkinan ia memerlukan masa satu minggu. Hal ini kerana, ia bergantung kepada kadar suhu yang berlaku pada setiap tempat yang ingin direkodkan. Sekiranya cuaca tidak baik ataupun hujan hasil kemungkinan tidak akan dapat dihasilkan sama sekali.
Selain itu, projek aktiviti ini membosankan bagi kanak-kanak kerana hasil yang ingin di tunggu untuk mendapatkan hasilnya. Jadi kanak-kanak tidak merasa menarik terhadap bahan bantu mengajar ini. Kanak-kanak hanya menunggu hasil dan hanya memerhati dan merekodkan samaada air tersebut menurun dari tanda ataupun tidak.
Di samping itu, ia boleh menyebabkan tempat membiaknya nyamuk kerana air dibiarkan selama 1 minggu. Oleh itu, nyamuk akan membiak ditempat botol eksperimen tersebut menyebabkan botol eksperimen tersebut kotor dan tidak sesuai lagi bagi kanak-kanak. Hal ini demikian boleh mengakibatkan penyakit terhadap kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, projek aktiviti penyejatan ini tidak berhasil sekiranya faktor cuaca seperti hujan lebat. Hal ini disebabkan suhu menjadi rendah dan eksperimen tidak mendapat hasil yang diingini. Contohnya, sekiranya hujan lebat diluar bilik darjah penyejatan tidak berlaku kerana suhu sangat rendah dan tidak hasil rekod selama seminggu tidak mencapai dan mengakibatkan masa diperlukan bertambah.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka. Hal ini kerana, guru menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan berkesan. Kepelbagaian pendekatan dan strategi juga dapat meningkatkan kebolehan menganalisis dan mentafsirkan alam sekeliling dengan menggunakan hukum yang betul. Melalui cara tersebut, sikap positif kanak-kanak terhadap pembelajaran sains akan ditanam dengan lebih kukuh.
Pendekatan pembelajaran dapat membantu terhadap proses pembelajaran yang berusaha meningkatkan kemampuan-kemampuan kognitif, afektif, dan psikomotorik murid dalam penyampaian maklumat sehingga tercapai dengan objektif pembelajaran. Hal ini kerana, murid akan lebih memahami fenomena yang mereka alami dalam proses pembelajaran untuk memastikan mereka dapat mengalami proses pembelajaran yang lebih bermakna.
Tambahan pula, dalam memastikan sesuatu penyiasatan berjaya diterokai oleh kanak-kanak maka kemahiran proses sains merupakan asas dalam sesuatu penerokaan. Justeru, bagi memastikan pemupukan kemahiran proses diterokai dengan berkesan, data pemerhatian merumuskan bahawa kanak-kanak menggunakan hampir ke semua kemahiran proses sains asas iaitu memerhati, mengelas, menginferens, meramal, mengukur menggunakan nombor dan berkomunikasi.
Di samping itu, pendekatan pembelajaran ini juga sesuai bagi membantu dalam meningkatkam proses pembelajaran agar lebih mudah serta ia juga banyak melibatkan aktiviti fizikal agar tidak mudah bosan. Berdasarkan hasil eksperiman yang dijalankan juga banyak memberikan galakkan kepada kanak-kanak dalam melakukan pemerhatian, bertanyakan soalan, mencuba melakukan suatu benda baru dan menyelesaikan masalah dengan mudah. Oleh itu, setiap pendekatan yang dilakukan dapat membantu memberikan kemudahan kepada setiap guru dan juga kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

VIDEO HASIL PELAKSANAAN PROJEK PROSES PENYEJATAN
Video 1: Pelaksanaan Projek Proses Penyejatan
Rujukan

Anak2U (20 Januari 2021) Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) https://www.anak2u.com.my/2021/01/20/apa-itu-pembelajaran-berasaskan-projek-pbl/

Siti Saleha Samsuri (Mac 2019) Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Aktiviti Pembelajaran Bersepadu Di Kelas Prasekolah https://www.researchgate.net/publication/331673262_Konsep_Pembelajaran_Berasaskan_Projek_Dalam_Aktiviti_Pembelajaran_Bersepadu_Di_Kelas_Prasekolah

Syarfa' Husna Mohamad Semsudin (14 Februari 2017) Pembelajaran Berasaskan Projek https://awal.my/pembelajaran-berasaskan-projek/

Comments